[PENGUMUMAN] Makluman Penting Pemberian KADS1M Debit Pelajar 2017

Untuk makluman kepada pelajar UKM, pada tahun ini pihak KPT telah menukarkan pemberian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada Kad S1M Debit. Kad ini diuruskan oleh Bank Rakyat. Pemberian baucer buku (RM250.00) tidak lagi diberikan kepada pihak Universiti.

 

Kriteria kelayakan bagi penerima Kad S1M Debit adalah seperti berikut:

✔  Warganegara Malaysia;
✔  Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan Kad S1M Debit;
✔  Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2016;
✔  Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa;
✔  Bukan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Proses Permohonan/Pendaftaran:

  1. Isi borang ‘e-permohonan’ di www.bankrakyat.com.my/bppt
  2. Status permohonan akan disahkan melalui emel
  3. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan KADS1M Debit
  4. Masukkan NO PIN yang sebenar semasa proses pengambilan kad
  5. Lengkapkan pendaftaran Perbankan Internet i-Rakyat

Sila bawa dokumen berikut ketika mengambil KADS1M Debit Bank Rakyat:
Pelajar berumur 18 tahun ke atas:

  1. MyKad (Asal & 1 Salinan)
  2. Kad pelajar (Asal & 1 Salinan)

Pelajar berumur bawah 18 tahun:

  1. MyKad (Asal & 1 Salinan)
  2. Kad pelajar (Asal & 1 Salinan)
  3. Surat Kebenaran dari ibu/bapa/penjaga
  4. 1 salinan MyKad ibu/bapa/penjaga
  5. Sijil kelahiran / sijil anak angkat pelajar (Asal & 1 Salinan)

Tempoh pendaftaran adalah secara online di www.bankrakyat.com.my/bppt mulai 16 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2017Bantuan (RM250.00) akan disalurkan terus ke dalam akaun tersebut.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 

 


Print   Email