UMP Tuan Rumah Dua Persidangan Antarabangsa Sistem Komputer

UMP Tuan Rumah Dua Persidangan Antarabangsa Sistem Komputer

Kuantan, 25 Ogos – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Perisian dan Sistem Komputer (ICSECS 2015) kali ke-4 bertemakan‘Virtuous Software Solutions for Big Data”  yang diadakan serentak dengan Persidangan Antarabangsa Sains Komputer dan Pengurusan Maklumat (ICoCSIM) 2015 yang memfokuskan inovasi semasa teknologi maklumat untuk kehidupan yang lebih baik.

 

   

Persidangan selama tiga hari ini dikendalikan Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian  (FSKKP) dengan kerjasama Universiti Sumatera Utara, Politeknik Negeri Medan dan Amik -Stikom Tunas Bangsa, Permatangsiantar Indonesia.

Menurut Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Dr Mazlina Abdul Majid yang merupakan pengerusi bersama penganjuran program ini berkata, persidangan ini memberi peluang kepada golongan akademik dan industri berkaitan kejuruteran perisian dan sistem komputer untuk bertemu serta membincangkan hala tuju pembangunan bidang ini pada masa depan.

“Pembentangan ucaptama disampaikan  Profesor Dr Rajkumar Buyya dari University of Melbourne, Australia dengan tajuk“Market-Oriented Clouds and Big Data Applications”.Ucaptama kedua oleh Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli dari UMP yang berkongsi idea tentang tajuk   “Exploiting Nature Inspired Algorithms for Combinatorial Interaction Testing”,” katanya.

 

Begitu juga dengan persembahan menarik Profesor Dr Jurg Gutknecht yang berjaya menarik perhatian peserta dengan perkongsian pengalaman berkaitan tajuk “Medical IT: The Next Megatrend?”.

Turut berlangsung majlis makan malam meraikan peserta yang dihadiri Dekan FSKKP, Prof. Dr. Jasni Mohamad Zain, Pengerusi Yayasan Amik Tunas Bangsa Permatangsiantar, H.M.A Ridwan Syahputra dan Dekan Fakultas Ilmu Komputer & Teknologi Informasi, Universiti Sumatera Utara, Prof. Dr. Muhammad Zarlis.

 

                                                           

 


Print   Email