PETAKOM Menganjurkan Bengkel Asas Kempimpinan Away From Keyboard

PETAKOM Menganjurkan Bengkel Asas Kempimpinan Away From Keyboard

26 Mac 2016 - Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) dengan kerjasama FSKKP dan JHEPA telah menganjurkan program bengkel fasilitator Away From Keyboard. Program ini pada dasarnya merupakan satu bengkel asas kepimpinan yang bertujuan untuk melatih dan mendedahkan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terlibat sebagai jawatankuasa pelaksana program dengan pengalaman pengendalian kursus berorientasikan teknikal dan mempertingkatkan kemahiran insaniah (soft skill) ke arah mempertingkatkan kebolehpasaran graduan UMP pada masa akan datang dan sebagai persediaan untuk menganjurkan program Away From Keyboard yang dijangka akan diadakan pada penghujung April 2016.

 

Program ini bertujuan untuk memberi persediaan awal kepada para peserta bagi memahami modul-modul program Away From Keyboard secara menyeluruh dan memastikan setiap input yang diperoleh berjaya disampaikan kepada pelajar-pelajar sekolah dan matrikulasi.

Selain itu, program ini juga dapat melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan di samping dapat memupuk kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas, dan sebagainya.

Program yang berlangsung selama dua hari, bermula pada 25 sehingga 26 Mac 2016 telah dilaksanakan di dua tempat, iaitu di Dewan Tun Fatimah, UMP serta di Pantai Balok, Kuantan. Aktiviti pada hari pertama yang dijalankan di dewan Tun Fatimah adalah lebih menjurus kepada sesi kaunseling, ice-breaking dan pembentukan kumpulan.

1 2

Pada hari kedua, para peserta telah dibawa ke Pantai Balok dan telah diberikan taklimat oleh En. Nor Azhar Ahmad. Para peserta kemudian menjalankan beberapa modul aktiviti yang menguji kecekapan mental dan fizikal mereka, yang mana di setiap modul mempunyai mesejnya yang tersendiri ke arah membentuk para peserta bengkel untuk menjadi fasilitator yang berjaya. Aktiviti telah disambung semula dengan para peserta kembali ke Dewan Tun Fatimah untuk modul terakhir.

1 2

 

1 2

 

Di akhir program ini, setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan masing-masing di sepanjang program ini berlansung. Melalui program ini, para peserta dapat mencapai beberapa dapatan yang positif dan negatif yang dapat meningkatkan serta memperbaiki lagi nilai diri sebagai seorang mahasiswa yang bersifat holistik.

1 2

 

1 2

Print   Email