FYPro-Com Exhibition 2016

FYPro-Com Exhibition 2016

Projek Sarjana Muda I, II (PSM), Projek Tahun Akhir (PTA) dan Projek Sarjana(PS) merupakan satu kursus wajib diambil oleh pelajar. Pelajar yang terlibat perlu melaksanakan proposal projek untuk melengkapkan proses mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari pembelajaran sebelum dan semasa dalam usaha menyelesaikan masalah secara kajian dan melahirkan saintis komputer yang cekap.

Selain itu program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar FSKKP tahun 2 khususnya dan pelajar UMP amnya mengenai projek-projek yang akan dihasilkan oleh pelajar  tahun akhir di FSKKP.

Antara objektif FYPro-Com Exhibition ini adalah: 

- Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan projek yang berinovasi dan kreatif.
- Mewujudkan suasana persaingan di antara pelajar untuk menghasilkan projek yang menepati piawaian yang ditetapkan fakulti.
- Menanamkan sikap ingin menghasilkan projek yang terbaik dengan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari.
- Pendedahan kepada pelajar-pelajar tahun 1 dan tahun 2 berkenaan dengan projek tahun akhir.
- Mendapat maklumbalas dari industri terhadap hasil kerja pelajar. 
- Menghargai jasa penyelia yang sama-sama menyumbang kepakaran dan tenaga untuk mendidik pelajar PSM/PTA/PS
- Sebagai platform kepada pelajar untuk sertai Exhabition yang lagi besar seperti CITREX

Seramai 92 orang pelajar FSKKP yang telah membentangkan hasil projek tahun akhir mereka pada karnival ini. Mereka terdiri daripada 7 orang pelajar Pascasiswazah, 57 orang pelajar Prasiswazah serta 28 orang pelajar Diploma. Antara penilai luar yang telah dijemput menjadi penilai untuk finalis adalah:

1. Dr. Mohd Fared Bin Abdul Kadir - Penyelidik, Photonics R&D Mimos
2. Mohamad Hanizan Bin Md Nor - Ketua Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi Pahang
3. Muhammad Manoj Rao - Project Manager, Electric Library Malaysia
4. Masrulehsan Mamat - Ketua Unit IcCT, Kolej Matrikulasi Pahang
5. Fadni Bin Forkan - Pegawai Teknologi Maklumat, Unit Teknologi Maklumat Politeknik Muadzam Shan
6. Pn Sohailah Binti Safie - Pegawai Penyelidik, Centre For Artificial Intelligence & Robotic (CAIRO)

 


Print   Email