Official Website    

News & Gallery

UMPSA dan NCWO Pahang Perkasa Ekonomi Wanita Melalui Bengkel Techniaga Berasaskan AI

UMPSA dan NCWO Pahang Perkasa Ekonomi Wanita Melalui Bengkel Techniaga Berasaskan AI

PEKAN, 14 November 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Fakulti Komputeran dengan kerjasama National Council of Women's Organisations (NCWO) Pahang terus memperkukuh usaha pemerkasaan wanita dalam bidang teknologidigital menerusi penganjuran Bengkel Techniaga: Jana Pendapatan Wanita Pahang Menggunakan Teknologi AI yang berlangsung di Makmal Mobile Computing, FakultiKomputeran, UMPSA Pekan.

Program di bawah inisiatif Profesor Turun Padang ini melibatkan seramai 25 wanita darinegeri Pahang yang mengikuti latihan praktikal penggunaan teknologi kecerdasan buatan(AI) bagi meningkatkan kemahiran digital serta meneroka peluang penjanaan pendapatan.

Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Seminar Kesedaran Teknologi AI untukWanita Pahang yang telah diadakan pada 16 Mei 2026 di Perpustakaan Awam Kuantan dengan penyertaan seramai 50 wanita.

Berbeza dengan seminar terdahulu yang memberi pendedahan secara lebih meluas mengenaipotensi dan kepentingan AI, bengkel kali ini dilaksanakan dalam kumpulan yang lebih kecil, melibatkan 25 peserta bagi membolehkan pendekatan pembelajaran yang lebih berfokus, interaktif dan berorientasikan amali.

Menurut Pengarah Program, Profesor Ts. Dr. Mazlina Abdul Majid, pendekatan berfasa inibertujuan memastikan peserta bukan sekadar memahami konsep dan manfaat teknologi AI, malah berpeluang menguasai kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupanseharian dan aktiviti keusahawanan.

Beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan bengkel dalam kumpulan yang lebih kecilmembolehkan peserta menerima bimbingan secara lebih dekat daripada penceramah dan fasilitator, khususnya ketika menghasilkan kandungan pemasaran dan video promosimenggunakan teknologi AI.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen UMPSA dalam memperluas pemindahan ilmu dan kepakaran universiti kepada komuniti, khususnya dalam membantu wanita memanfaatkanteknologi bagi meningkatkan produktiviti dan peluang ekonomi.

Sepanjang bengkel sehari ini, peserta mengikuti empat modul utama, iaitu Asas AI Teks dan Video, Sesi Praktikal Video Jualan, Pemasaran Afiliasi dan Jualan Tempatan sertaPembentangan dan Ulasan.

Peserta turut dibimbing menggunakan aplikasi seperti Google Gemini dan Google Vids untukmenghasilkan skrip jualan dan video promosi produk. Selain itu, pendedahan kepada Google Trends dan Google Business Profile turut diberikan bagi membantu peserta memahamipotensi platform digital dalam memperluas capaian pelanggan dan meningkatkankeberkesanan pemasaran.

Bengkel dikendalikan oleh Ts. Aziman Abdullah selaku penceramah dengan sokonganbarisan fasilitator UMPSA yang memberikan bimbingan secara langsung kepada pesertasepanjang sesi latihan.

Sementara itu, Dato’ Sri Maznah Mazlan, Pengerusi NCWO Pahang, dalam ucapanpenutupnya menekankan kepentingan wanita untuk sentiasa bersedia mempelajari dan menguasai teknologi baharu seiring dengan perkembangan era digital yang semakin pesat.

Menurut beliau, penguasaan teknologi, khususnya AI, bukan lagi sekadar satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan bagi membolehkan wanita bergerak lebih pantas, bekerjadengan lebih cekap serta meningkatkan produktiviti dalam kehidupan seharian mahupunaktiviti keusahawanan.

Beliau turut menggalakkan wanita agar berani meneroka teknologi baharu dan memanfaatkanpeluang yang tersedia untuk meningkatkan keupayaan diri, memperkukuh daya saing sertamenjana pendapatan.

Kerjasama antara UMPSA dan NCWO Pahang ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam memastikan wanita tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital, sebaliknya mampumenjadi sebahagian daripada masyarakat yang progresif, berpengetahuan dan celik teknologi.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah dan fasilitator, penyampaian cenderamata sebagai simbol penghargaan terhadap kerjasama kedua-dua pihak serta sijil penyertaan kepada para peserta.

Penganjuran Bengkel Techniaga ini diharapkan menjadi pemangkin kepada kesinambunganinisiatif pembangunan kemahiran digital wanita di Pahang, sekali gus memperkukuh perananUMPSA sebagai institusi pendidikan tinggi yang aktif dalam pemindahan ilmu dan teknologikepada komuniti.

Usaha berterusan ini juga diharapkan dapat membantu melahirkan lebih ramai wanita yang berkeyakinan, berdikari dan berdaya saing dalam memanfaatkan teknologi AI sebagaipemudah cara untuk meningkatkan produktiviti serta meneroka peluang ekonomi baharu.

Sumber: Profesor Ts. Dr. Mazlina Abdul Majid (Pengarah Program), Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran

{gallery}2026/techniaga{/gallery}

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my