Official Website    

News & Gallery

Kumpulan COSMOS Fakulti Komputeran raih tiga pengiktirafan pada Konvensyen KIK Horizon Baharu UMPSA 2026

Kumpulan COSMOS Fakulti Komputeran raih tiga pengiktirafan pada Konvensyen KIK Horizon Baharu UMPSA 2026

PEKAN, 26 November 2026 – Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari Fakulti Komputeran (FK), COSMOS, melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya merangkul tiga pengiktirafan pada Majlis Penyampaian Hadiah Konvensyen KIK Horizon Baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) 2026 yang berlangsung di Dewan Cendekia Siswa, UMPSA Pekan.

Menerusi projek inovasi bertajuk Sistem PSM/PTA@CRED-B, kumpulan tersebut berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,200.00, selain turut memenangi Anugerah Persembahan Terbaik serta Anugerah Penarafan Perak.

Majlis penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias. Konvensyen kali ini menghimpunkan sebanyak lapan kumpulan KIK yang mewakili pelbagai fakulti, pusat dan jabatan bagi mengetengahkan idea serta penyelesaian inovatif dalam memperkemas proses kerja dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan universiti.

Inovasi Sistem PSM/PTA@CRED-B yang dibangunkan melalui kerjasama strategik bersama UMPSA Advanced Sdn. Bhd. merupakan sebuah platform digital bersepadu yang mengautomasikan keseluruhan proses pengurusan Projek Sarjana Muda (PSM) dan Projek Tahun Akhir (PTA).

Sistem ini menyepadukan proses pemilihan penyelia (Supervisor Hunting) mengikut kuota secara masa nyata, pengurusan buku log digital, pemantauan penilaian serta pengiraan markah secara automatik. Penggunaan platform ini berjaya menjimatkan masa pengurusan antara 12 hingga 19 jam bagi setiap sesi, di samping menyokong inisiatif kelestarian kampus (Go Green).

Kumpulan COSMOS difasilitatori oleh Mohammad Ilzam Jamat dan diketuai oleh Nur Afrina Nasuha Mohamed Izeham bersama-sama Nurul Ishafira Ismail selaku setiausaha. Turut menganggotai kumpulan ini ialah Nur Izzah Insyirah Yusri, Muhammad Adhwa Mohd Salemi, Nur Farahaina Idris, Siti Nuraishah Nazri, 'Aqilah Abd. Ghani serta Irna Suraya Karim. 

Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus Fakulti Komputeran

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my