Fakulti Komputeran UMPSA Sambut Kehadiran 15 Pelajar PhD dari China
GAMBANG, 10 Oktober 2025 – Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kehadiran seramai 15 orang pelajar PhD dari Negara China sempena permulaan Semester 1, Sesi Akademik 2025/2026.
Bagi meraikan dan mengalu-alukan kehadiran mereka, satu sesi pertemuan mesra telah diadakan di Perpustakaan UMPSA Kampus Gambang bersama penyelia masing-masing. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada penyelia mereka serta memberi pendedahan awal mengenai persekitaran penyelidikan, jangkaan akademik dan sokongan pembelajaran yang ditawarkan oleh fakulti.
Para pelajar menyatakan rasa teruja dan bersemangat untuk memulakan perjalanan penyelidikan mereka di Fakulti Komputeran. Kehadiran mereka turut memperkukuh usaha UMPSA dalam memperluas jaringan akademik antarabangsa serta memperkaya ekosistem penyelidikan di peringkat global.
![]() |
![]() |
Fakulti Komputeran mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu PhD ini dalam meneroka ilmu dan menyumbang kepada pembangunan teknologi serta inovasi.
Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus, Fakulti Komputeran