Warga Fakulti Komputeran Sertai Aktiviti Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan Badminton
PEKAN, 14 Oktober 2026 – Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan aktiviti Gaya Hidup Sihat melalui sukan badminton bertempat di Dewan Serbaguna, UMPSA Kampus Pekan.
Aktiviti yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga fakulti, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan melalui aktiviti riadah.
Program ini memberi peluang kepada warga FK untuk meluangkan masa melakukan aktiviti fizikal dalam suasana santai dan menyeronokkan. Penyertaan tidak terhad kepada mereka yang mahir bermain badminton, malah terbuka kepada semua warga fakulti yang ingin beriadah dan menyihatkan tubuh badan.
Melalui aktiviti seumpama ini, warga FK dapat meningkatkan kecergasan fizikal, mengurangkan tekanan kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif dan harmoni.
Penganjuran aktiviti ini mencerminkan komitmen FK dalam menyokong pembudayaan gaya hidup sihat dan kesejahteraan warga universiti, selaras dengan slogan “Sihat Badan, Ceria Minda, Erat Silaturahim.”
![]() |
![]() |
![]() |
Sumber: Puan Aidel Fitri Windra, Setiausaha, Fakulti Komputeran



