Official Website    

News & Gallery

15th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2025, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

15th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2025, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

GAMBANG, 20 Jun 2025 – CITREX 2025 yang membawa tema ‘Inovasi Pemacu Kelestarian Masa Hadapan’ itu telah berlangsung meriah dengan penyertaan seramai 83 staf dan pelajar pascasiswazah UMPSA, 127 pelajar prasiswazah UMPSA serta 73 dari pelajar sekolah sekitar Pahang. Penyertaan daripada wakil Fakulti Komputeran, UMPSA telah mencatatkan kejayaan yang membanggakan dalam CITREX 2025 kali ini yang telah berlangsung pada 18 dan 19 Jun 2025 bertempat di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Gambang.

1000283321

Fakulti Komputeran telah memenangi sebanyak 4 Emas, 5 Perak dan 1 Gangsa bagi kategori staf dan pelajar pascasiswazah. Manakala, 17 Emas, 18 Perak dan 6 Gangsa bagi kategori pelajar prasiswazah. Buat julung kalinya pelajar prasiswazah Fakulti Komputeran iaitu Muhammad Amir bin Mohamed Ali telah memenangi Anugerah Best of The Best Kategori Pelajar dengan projek yang bertajuk Edunexa: Digitalizing Education - A Revolutionary Learning Management System.

1000283364 1000283330


Lain-lain Pemenang Anugerah CITREX 2025 bagi Fakulti Komputeran adalah seperti berikut:

  1. Best Overall Innovation bernilai RM900: TS. DR. NOORHUZAIMI @ KARIMAH BINTI MOHD NOOR
  2. Most Creative Innovation bernilai RM700: JIMMY TANG JING MING
  3. Social Impact Award bernilai RM500: TS. DR. KOHBALAN MOORTHY
  4. Technology Innovation Award bernilai RM500: NUR FATIN SYAHIDAH BINTI MOHD ZAMRI
  5. Collaboration ICT Partnership Award bernilai RM500: SYAZWANI NADHIRAH BINTI ZOLKEFILE
  6. Promising Innovator Award bernilai RM500: MUHAMMAD AMIR BIN MOHAMED ALI
  7. Most Impactful Award bernilai RM500: MUHAMMAD SYAHIR BIN MOHAMED SALIM
  8. Sustainable Research Award bernilai RM500: TS. ROSLINA MOHD SIDEK
1000283267 1000283269 1000283271
     
1000283273 1000283278 1000283279


Pencapaian ini membuktikan kemampuan warga Fakulti Komputeran untuk terus menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berkualiti tinggi serta relevan dengan keperluan semasa industri teknologi maklumat. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan diharapkan warga fakulti akan terus giat menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi. Kejayaan ini diharapkan dapat membakar semangat warga fakulti untuk terus cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sumber: Unit Pentadbiran (Penyelidikan), Fakulti Komputeran

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my