Official Website    

News & Gallery

Fakulti Komputeran Mara ke Tiga Pentas Final UMPSA Super League 2026

Pekan, 9-10 Mei 2026 – Fakulti Komputeran (FK) terus mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya melayakkan diri ke tiga pentas final dalam kejohanan UMPSA Super League 2026 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan UMPSA Gambang.

00

Pasukan Atlet Fakulti Komputeran yang diuruskan oleh Muhammad Amizul Haiqal bin Misri selaku Majlis Eksekutif Sukan & Aktiviti Petakom yang diiringi oleh Encik Abdullah bin Mat Safri dan Encik Muhammad Zulfahmi Toh bin Abdullah telah membawa kejayaan ini hasil daripada komitmen, disiplin serta semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet Fakulti Komputeran sepanjang kejohanan berlangsung. Kontinjen FK berjaya mara ke perlawanan akhir bagi acara bola sepak, bola jaring dan petanque selepas mempamerkan aksi cemerlang di peringkat sebelum ini.

Bagi acara bola sepak, FK berjaya menewaskan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) dengan keputusan 5-0 di peringkat separuh akhir untuk melangkah ke final menentang Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA). Dalam acara bola jaring pula, FK meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan FTKPM dengan jaringan 42-9 sebelum mengesahkan tempat ke final bertemu Fakulti Pengurusan Industri (FIM).

01 05

Sementara itu, pasukan petanque FK turut mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya mara ke final selepas menewaskan FTKPM dengan keputusan 13-6 dan bakal berhadapan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) dalam aksi penentuan kejuaraan.

02

Walaupun tidak berjaya melangkah ke pentas akhir, pasukan bola tampar FK serta pasukan petanque kategori single lelaki, double lelaki dan double wanita tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua atlet membuktikan bahawa warga FK sentiasa berusaha memberikan saingan terbaik dalam setiap acara yang disertai.

03 04

Pencapaian mara ke tiga pentas final ini membuktikan bahawa warga Fakulti Komputeran bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan teknologi, malah turut menyerlah dalam bidang sukan dan kepimpinan berpasukan.

Seluruh warga Fakulti Komputeran turut menzahirkan sokongan penuh kepada semua atlet yang bakal berjuang di pentas akhir UMPSA Super League 2026 dan berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus aktif serta berdaya saing dalam pelbagai bidang.

Sumber: PETAKOM

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my