Official Website    

News & Gallery

Program “Future Unlocked: Gateway to Growth” Tarik Perhatian Pelajar di Fakulti Komputeran UMPSA Pekan

Program “Future Unlocked: Gateway to Growth” Tarik Perhatian Pelajar di Fakulti Komputeran UMPSA Pekan

PEKAN, 17 Jun 2025 — Fakulti Komputeran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Pekan telah menjadi tuan rumah kepada program “Future Unlocked: Gateway to Growth” yang berlangsung pada jam 1.00 petang hari ini. Program ini merupakan sesi pengenalan kepada K-YOUTH X GIFT PROGRAMME, sebuah inisiatif eksklusif oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Global Initiative for Future Talent (GIFT).

01

Program ini bertujuan untuk membimbing pelajar dalam mendaki puncak kerjaya melalui pelbagai peluang pembangunan bakat dan latihan. Turut hadir sebagai penceramah ialah Major Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Negara dan jurulatih GIFT Coach serta En Husin Ahmad daripada MTDC, yang berkongsi inspirasi dan panduan kepada para peserta.

02 03 04

 

Sesi taklimat susulan akan diadakan seperti berikut:

Sesi Taklimat II: W-DKU-K-01 Gambang, 18 Jun 2025 (12.00 – 2.00 petang)
Sesi Taklimat III: DKI FTKPM Pekan, 19 Jun 2025 (1.00 – 2.00 petang)
Program ini terbuka kepada pelajar yang bakal menamatkan pengajian dan berminat untuk meneroka peluang kerjaya yang lebih luas.

Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus, Fakulti Komputeran

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my