Official Website    

News & Gallery

Hackathon X: Fintech Forward Serlahkan Bakat Digital Mahasiswa, Tawarkan Ganjaran RM8,000 & Pelbagai Hadiah Menarik

PEKAN, 11 Jun 2026 – Dunia inovasi digital kampus kembali rancak dengan penganjuran Hackathon X: Fintech Forward yang berlangsung bertempat di UMPSA Pekan. Program ini menjadi platform utama buat mahasiswa mencurahkan idea kreatif dalam membangunkan aplikasi serta penyelesaian bagi industri teknologi kewangan masa kini.

Acara kemuncak menyaksikan sesi pitching dan pembentangan akhir para peserta yang dijalankan secara serentak di Mobile Computing Lab dan Cloud Computing Lab. Setiap kumpulan membentangkan prototaip digital masing-masing di hadapan panel juri profesional sebelum majlis beralih ke Astaka bagi upacara penutupan dan penyampaian hadiah.

Bagi menghargai kreativiti para peserta, dana ganjaran (prize pool) keseluruhan berjumlah RM8,000 telah disediakan untuk pemenang yang berjaya menghasilkan solusi terbaik. 

Selain debaran mengumumkan pemenang utama, suasana di Astaka turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan 10 hadiah menarik buat para penonton dan peserta. Antara hadiah yang disediakan termasuklah:
•    MSI Pro MP274 Monitor Black
•    Sony WF-C510/BZE (BLACK)
•    Razer Cobra Hyperspeed
•    Logitech G321 Headset Black
•    Razer Cynosa Lite Keyboard + Razer Abyssus Lite Mouse Combo

Majlis penutupan program ini telah diserikan lagi oleh dua tokoh industri terkemuka iaitu Puan Ratna Marlia Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Lekir Academy, dan Encik Izrulfizal Saufihamizal bin Ibrahim, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Teknologi Forwardium. Kehadiran mereka membuktikan sokongan padu pihak industri luar dalam menilai dan mengangkat bakat digital mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi.
    
Program yang dibawakan khas oleh Persatuan Mahasiswa Teknologi Komputer (PETAKOM) ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama semua tetamu jemputan, penganjur, dan para peserta sebagai simbolik kepada kejayaan penganjuran Hackathon X: Fintech Forward.

Kejayaan Hackathon X: Fintech Forward ini diharapkan dapat menjadi pencetus kepada penganjuran lebih banyak program berteraskan teknologi pada masa hadapan, sekali gus melahirkan graduan yang kompeten serta bersedia mendepani cabaran industri digital global.

Rakan Penaja & Strategik
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan penaja yang menyokong penuh kejayaan program ini:

Bank Islam
Pautan: https://www.bankislam.com/

Forwardium
Pautan: https://forwardium.co/

Lekir Academy
Pautan: https://lekir.academy/

Interviewrr
Pautan: https://interviewrr.com/

IPServerOne
Pautan: https://www.ipserverone.com/

JomHack
Pautan: https://jomhack.com/

Cradle
Pautan: https://cradle.com.my/

SerpAPI
Pautan: https://serpapi.com/

Sumber: PETAKOM

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my