Official Website    

News & Gallery

Majlis Hi-Tea Fakulti Komputeran Bersama Alumni 2025: Perkukuh Jalinan Strategik Antara Alumni Fakulti Komputeran Dan UMPSA

Majlis Hi-Tea Fakulti Komputeran Bersama Alumni 2025: Perkukuh Jalinan Strategik Antara Alumni Fakulti Komputeran Dan UMPSA

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2025 — Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Fakulti Komputeran Bersama Alumni 2025 bertempat di Kampus UMPSA Kuala Lumpur. Program ini menghimpunkan seramai 110 orang alumni daripada pelbagai kohort sebagai inisiatif memperkukuh hubungan strategik antara alumni dan fakulti.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMPSA, Profesor Ts, Dr. Aida Mustapha. Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan signifikan alumni sebagai rakan strategik universiti dalam menyokong agenda penyelidikan, inovasi serta pembangunan akademik yang mampan selaras dengan aspirasi UMPSA sebagai universiti teknologi terkehadapan.

03

Penganjuran majlis ini bertujuan merapatkan ukhuwah silaturahim antara alumni dan warga Fakulti Komputeran di samping membuka ruang kerjasama akademik, penyelidikan dan perkongsian kepakaran industri. Platform ini turut menjadi medium interaksi berimpak tinggi dalam menyokong pembangunan kurikulum, kebolehpasaran graduan dan pemindahan ilmu berasaskan teknologi semasa.

04

Alumni merupakan aset strategik universiti yang berperanan sebagai duta institusi serta pemacu jaringan industri. Bagi Fakulti Komputeran khususnya, penglibatan aktif alumni menyumbang kepada pemerkasaan ekosistem akademik dan kolaborasi industri. Fakulti optimis agar komitmen berterusan alumni akan terus diperkukuh bagi menyokong kelestarian dan kecemerlangan UMPSA pada masa hadapan.

02

Sumber: Dr. Al-Fahim Mubarak Ali, Pensyarah Fakulti Komputeran

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my