Fakulti Komputeran Raih Anugerah Kecemerlangan Naib Canselor 2024
PEKAN, 13 Jun 2025 - Fakulti Komputeran dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan membanggakan apabila berjaya merangkul Anugerah Kecemerlangan Naib Canselor bagi tahun 2024 yang diumumkan pada Majlis Hari Kualiti & Inovasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 2025.
Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan tertinggi universiti terhadap fakulti dan jabatan yang menunjukkan kecemerlangan menyeluruh dalam pelbagai aspek termasuk pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, pembangunan pelajar, jalinan industri, serta tadbir urus fakulti yang cemerlang.
Kejayaan ini adalah hasil usaha bersepadu seluruh warga Fakulti Komputeran termasuk tenaga akademik, staf pentadbiran, pelajar, dan barisan kepimpinan fakulti yang sentiasa komited dalam menjulang nama fakulti melalui pencapaian cemerlang dan pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi. Antara faktor utama kejayaan termasuk pencapaian dalam bidang penyelidikan, inovasi, serta kolaborasi aktif dengan industri teknologi maklumat dan komuniti.
Anugerah ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Fakulti Komputeran untuk terus berinovasi, melahirkan graduan berdaya saing global, serta menyumbang secara berterusan kepada pembangunan ilmu dan teknologi negara.
![]() |
![]() |
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Fakulti Komputeran atas kejayaan cemerlang ini!
Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus, Fakulti Komputeran