Official Website    

News & Gallery

Semarak Kemerdekaan: Gotong-royong Pemasangan Jalur Gemilang di Sekitar Fakulti Komputeran UMPSA

Semarak Kemerdekaan: Gotong-royong Pemasangan Jalur Gemilang di Sekitar Fakulti Komputeran UMPSA

Pekan, 21 Ogos – Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia, Warga Fakulti Komputeran (FK) UMPSA telah menyertai Program Gotong-Royong Pemasangan Bendera Jalur Gemilang sekitar kawasan fakulti.

Program bermula seawal jam 8:15 pagi dengan sesi berkumpul dan sarapan pagi di Ruang Lobi Pejabat Teknikal, diikuti dengan taklimat ringkas mengenai pembahagian tugas kawasan pemasangan bendera.

Aktiviti gotong-royong pemasangan Jalur Gemilang telah dijalankan secara berpasukan oleh para staf. Pemasangan bendera di sekitar laluan dan bangunan FK ini bukan sahaja bertujuan menceriakan lanskap fakulti, malah menjadi lambang perpaduan dan rasa bangga warga FK terhadap tanah air.

Program diakhiri dengan sesi fotografi kenangan dan bersurai sekitar jam 9:45 pagi.

Pihak fakulti mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua staf yang terlibat dan berganding bahu menjayakan aktiviti gotong-royong ini!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan! 

Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus Fakulti Komputeran

{gallery}2026/pasang-bendera{/gallery}

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my