Fakulti Komputeran UMPSA Terima Kunjungan Cyberview Sdn Bhd, Teroka Peluang Kolaborasi Strategik
PEKAN, 28 Julai 2026 – Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan daripada wakil syarikat Cyberview Sdn Bhd bagi merapatkan hubungan strategik serta membincangkan peluang kerjasama akademik dan industri.
Sesi perbincangan yang bermula jam 3:30 petang hingga 5:50 petang itu telah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Komputeran UMPSA.
Delegasi Cyberview Sdn Bhd yang hadir diwakili oleh Encik Ang Kah Heng (Head of Innovation and Industry Development) dan Encik Wan Muhammad Najiy Wan Ali Saifuddin (Senior Executive of Innovation & Industry Development).
![]() |
![]() |
Antara fokus utama perbincangan merangkumi:
Potensi Projek Kolaborasi: Mempertimbangkan kerjasama dalam projek penyelidikan dan pembangunan berimpak tinggi pada masa hadapan.
Program Cyberview Living Lab Talent: Perkongsian inisiatif pembangunan bakat berasaskan industri yang memfokuskan penyediaan serta pendedahan am bagi pelajar universiti.
Kebolehpasaran Graduan & Jurang Pekerjaan: Membincangkan persepsi, ekspektasi pelajar UMPSA terhadap pasaran kerja industri, serta strategi mengatasi jurang pengambilan tenaga kerja dalam sektor teknologi masa kini.
Sesi pertemuan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang berterusan antara UMPSA dan Cyberview Sdn Bhd, seterusnya memperkasakan kebolehpasaran graduan dalam mendepani cabaran industri digital.
Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus Fakulti Komputeran


