Official Website    

News & Gallery

Kunjungan Hormat dan Penyerahan Watikah Penyelarasan Pangkat Komandan KOR SISPA UMPSA Kukuhkan Kerjasama Strategik APM-UMPSA

Kunjungan Hormat dan Penyerahan Watikah Penyelarasan Pangkat Komandan KOR SISPA UMPSA Kukuhkan Kerjasama Strategik APM-UMPSA

PEKAN, 30 September – Kerjasama strategik antara Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan universiti awam terus diperkasa menerusi kunjungan hormat rasmi delegasi APM Negeri Pahang serta APM Daerah Kuantan ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Kampus Pekan, hari ini. Kunjungan hormat yang diketuai oleh Pengarah APM Negeri Pahang, YS. Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman diadakan bagi menyempurnakan penyerahan Watikah Penyelarasan Pangkat dari Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) kepada Timbalan Pesuruhjaya Kehormat TPj. Kehormat (PA) Prof. Dato' Ts. Dr. Kamal Zuhairi Bin Zamli.

Ketibaan delegasi APM di Bilik Mesyuarat Al-Razi, Fakulti Komputeran telah disambut mesra oleh Prof. Dato' Ts. Dr. Kamal Zuhairi bersama barisan kepimpinan akademik universiti. Turut menyambut ketibaan delegasi APM Negeri Pahang sebentar tadi Prof. Madya Ts. Junaida Sulaiman, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Fakulti Komputeran serta Timbalan-timbalan Dekan HEPA Ts. Azma Abdullah (Fakulti Komputeran), Ts. Dr. Suliana Ab. Ghani (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik), Dr. Norhaida Ab. Razak (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif) dan Dr. Musfirah Abdul Hadi (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan & Mekatronik). Kunjungan rasmi ini turut disertai oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Mej. (PA) Zahidi bin Zainudin bersama pegawai-pegawai APM Daerah Kuantan. 

Pertemuan tersebut menjadi platform penting dalam memantapkan pengurusan Kor SISPA UMPSA, menyelaras latihan kesiapsiagaan bencana, serta memperkasakan jati diri dan disiplin mahasiswa. Kunjungan hormat ini juga dijangka akan memacu sinergi yang lebih mantap antara kepimpinan universiti dan APM dalam kepakaran teknologi AI serta melahirkan graduan berkaliber yang berkhidmat untuk negara sejajar dengan nilai Malaysia MADANI dan slogan 'Sedia Pantas Berintegriti'.

Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus Fakulti Komputeran

{gallery}2026/apm{/gallery}

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my