Official Website    

News & Gallery

Kunjungan Pelajar UAD ke UMPSA Perkukuh Jaringan Akademik Antarabangsa

Kunjungan Pelajar UAD ke UMPSA Perkukuh Jaringan Akademik Antarabangsa

PEKAN, 7 Oktober 2026 – Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan tujuh pelajar Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Yogyakarta, Indonesia, bagi program kunjungan akademik dan pertukaran pengalaman pada 5 hingga 7 Oktober 2026 di UMPSA Kampus Pekan.

Sepanjang program, para pelajar mengikuti lawatan ke Fakulti Komputeran dan sekitar kampus untuk mengenali persekitaran pembelajaran serta kemudahan universiti. Mereka turut berinteraksi dengan pensyarah bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Program ini turut melibatkan mahasiswa Persatuan Mahasiswa Teknologi Komputer (PETAKOM) yang membantu pelaksanaan aktiviti serta berkongsi pengalaman pengajian dan kehidupan kampus dengan pelajar UAD.

Salah seorang peserta, Dava Trista Argyatama, pelajar Tahun 3, Program Studi Informatika, Fakulti Teknologi Industri UAD, menyatakan minat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan seterusnya PhD di UMPSA. Menurut beliau, kemudahan yang lengkap serta suasana akademik yang kondusif menjadikan UMPSA antara pilihannya untuk pengajian lanjutan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dekan Fakulti Komputeran, para pensyarah dan mahasiswa PETAKOM atas sambutan mesra serta bimbingan sepanjang kunjungan tersebut.

Kunjungan ini diharapkan dapat memperluas jaringan akademik dan mahasiswa antara UMPSA dengan UAD, khususnya melalui perkongsian ilmu, pertukaran pelajar, kolaborasi penyelidikan serta peluang pengajian pascasiswazah.

Sumber: Ts. Dr. Abdullah Fairuzullah bin Ahmad Tajuddin, Pensyarah Kanan, Fakulti Komputeran

{gallery}2026/uad{/gallery}

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my