Official Website    

News & Gallery

Lawatan Akademik Politeknik Muadzam Shah ke Fakulti Komputeran UMPSA

Lawatan Akademik Politeknik Muadzam Shah ke Fakulti Komputeran UMPSA

PEKAN, 15 September 2026 – Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan delegasi akademik daripada Politeknik Muadzam Shah dalam satu lawatan akademik yang berlangsung di Makmal Komputeran, Aras 1, Fakulti Komputeran, UMPSA.

Lawatan tersebut melibatkan seramai 12 orang pelajar dan tiga orang pensyarah Politeknik Muadzam Shah. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai persekitaran akademik, bidang pengajian serta kemudahan dan fasiliti berkaitan teknologi komputeran yang terdapat di Fakulti Komputeran.

Program dimulakan dengan sesi aluan dan pengenalan Fakulti Komputeran, diikuti taklimat berkaitan fakulti serta program-program akademik yang ditawarkan oleh Penyelaras Promosi.

Para peserta turut diberikan penerangan berkaitan bidang Internet of Things (IoT) oleh Ts. Dr. Mohd Izham juga taklimat mengenai Network/Rangkaian Komputer oleh Puan Zarina yang memberi gambaran lebih jelas tentang bidang teknologi rangkaian dan aplikasinya.

Sumber: Puan Aidel Fitri Windra, Setiausaha, Fakulti Komputeran

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my