Official Website    

News & Gallery

SMK Alor Akar Adakan Lawatan Akademik dan Sambil Belajar ke FK, UMPSA

SMK Alor Akar Adakan Lawatan Akademik dan Sambil Belajar ke FK, UMPSA

PEKAN, 6 Oktober 2026 – Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan seramai  174 orang warga SMK Alor Akar yang terdiri daripada 160 orang pelajar Tingkatan 2 dan 14 orang guru pengiring bagi mengikuti program Lawatan Akademik dan Sambil Belajar.

Kunjungan yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari itu bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang pengajian, teknologi komputer serta peluang melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di peringkat pengajian tinggi.

Sepanjang lawatan di FK, para pelajar telah mengikuti sesi alu-aluan dan taklimat ringkas berkaitan Fakulti Komputeran, termasuk pengenalan kepada program akademik, bidang komputeran serta peluang kerjaya dalam industri. Para pelajar turut mengikuti sesi perkongsian akademik berkaitan bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan aktiviti hands-on yang memberi pengalaman pembelajaran secara lebih interaktif.

Program turut diserikan dengan lawatan ke Makmal Keselamatan Siber, Makmal Rangkaian dan Makmal Internet of Things (IoT), yang memberikan peluang kepada para pelajar melihat dengan lebih dekat kemudahan serta persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi di FK.

Pada sebelah petang, selepas selesai lawatan di FK serta sesi solat dan makan, rombongan SMK Alor Akar meneruskan kunjungan ke Perpustakaan UMPSA. Lawatan tersebut bertujuan memperkenalkan kemudahan perpustakaan universiti serta membudayakan pembelajaran dan pencarian ilmu dalam kalangan para pelajar.

Kunjungan ini diharapkan dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar di samping membuka ruang kepada mereka untuk mengenali dengan lebih dekat suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi, khususnya dalam bidang komputeran dan teknologi.

Sumber: Puan Aidel Fitri Windra, Setiausaha, Fakulti Komputeran

{gallery}2026/smkaa{/gallery}

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my