Official Website    

News & Gallery

Lawatan Sambil Belajar SMK Tengku Ampuan Intan ke Fakulti Komputeran UMPSA Tingkatkan Minat Pelajar dalam Bidang STEM

Lawatan Sambil Belajar SMK Tengku Ampuan Intan ke Fakulti Komputeran UMPSA Tingkatkan Minat Pelajar dalam Bidang STEM

PEKAN, 25 Jun 2025 – Seramai 80 orang pelajar bersama 8 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Lawatan ini diketuai oleh Puan Rohani binti Yaacob selaku Penyelaras Program.

Program lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai dunia pengajian tinggi dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, di samping memperkenalkan prospek kerjaya dalam industri berkaitan. Inisiatif ini turut menyokong usaha memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.


smktai 12

smktai 03


Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan oleh Encik Hakim dari Pusat Pemasaran Dan Kemasukan, yang memperkenalkan latar belakang UMPSA serta kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Seterusnya, Ts. Aziman selaku Penyelaras Promosi Fakulti menyampaikan taklimat khas mengenai program pengajian di Fakulti Komputeran.

Para pelajar turut berpeluang melawat dua fasiliti fakulti iaitu:
• Makmal Motion Capture – Pelajar menyaksikan demonstrasi teknologi penangkapan pergerakan yang digunakan dalam pembangunan animasi, permainan video, dan aplikasi simulasi.
• Makmal Struktur dan Pendawaian Rangkaian – Pendedahan kepada asas sistem rangkaian komputer termasuk teknik pendawaian, pemasangan peranti, dan pengurusan rangkaian.

smktai 38 smktai 42
   
smktai 46 smktai 49


Sepanjang lawatan, para pelajar menunjukkan minat dan semangat yang tinggi, terutamanya apabila diberi peluang mencuba sendiri peralatan dan perisian di makmal. Guru-guru pengiring turut menyatakan penghargaan atas sambutan mesra dan perkongsian ilmu yang bermanfaat daripada pihak fakulti.

Secara keseluruhannya, lawatan ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberi inspirasi dan meningkatkan motivasi pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, khususnya dalam bidang teknologi dan komputeran. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti Komputeran UMPSA atas kesudian menerima kunjungan serta layanan profesional yang diberikan.

smktai 31

Sumber : Aidel Fitri binti Windra, Fakulti Komputeran

 

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my