Official Website    

News & Gallery

Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Interest - LoI) antara Politeknik Muadzam Shah dan Fakulti Komputeran, UMPSA

Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Interest - LoI) antara Politeknik Muadzam Shah dan Fakulti Komputeran, UMPSA

MUADZAM SHAH, 8 Oktober 2025 - Satu majlis ringkas menandatangani Surat Hasrat (Letter of Interest - LoI) telah berlangsung di Politeknik Muadzam Shah (PMS), Rompin, Pahang, antara Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan PMS. Majlis ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dan latihan, demi melahirkan pelajar yang kompeten serta memperluas kolaborasi akademik antara kedua-dua institusi.

Dalam majlis tersebut, Fakulti Komputeran UMPSA telah diwakili oleh Dekan, Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar bin Kamaludin, manakala Politeknik Muadzam Shah diwakili oleh Pengarahnya, Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria. Kedua-dua pihak telah menandatangani Surat Hasrat yang menjadi asas kepada pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi dan bermanfaat secara bersama.

01 02


Antara inisiatif yang dirancang melalui kerjasama ini termasuklah pembangunan modul latihan yang relevan dengan keperluan industri semasa, penempatan pelajar PMS di FK UMPSA bagi mengikuti kursus dan latihan makmal, serta penganjuran sesi perkongsian ilmu antara staf akademik kedua-dua institusi. Usaha ini dijangka dapat memperkukuh ekosistem pendidikan TVET kedua-dua belah pihak.

03 04



Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus, Fakulti Komputeran

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my