Official Website    

News & Gallery

Fakulti Komputeran Menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul UMPSA 1448H/2026M

Fakulti Komputeran Menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul UMPSA 1448H/2026M

PEKAN, 28 Ogos — Warga Fakulti Komputeran (FK) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menyerlahkan semangat cinta akan Rasulullah S.A.W. menerusi penyertaan aktif dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat UMPSA 1448H / 2026M yang bermula seawal jam 8.00 pagi di UMPSA Pekan.  Kakitangan Fakulti Komputeran telah berhimpun seawal pagi bagi menyertai perarakan maulid yang bermula dari Kompleks Aspirasi Siswa UMPSA Pekan. Kontinjen FK tampil bersemangat dengan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sepanjang laluan perarakan sejauh 800 meter menuju ke Dewan Tunku Canselor (Dewan Konvokesyen).  

Suasana sambutan semakin bermakna apabila perarakan yang tiba di dewan disusuli dengan acara ceramah agama khas. Majlis perkongsian ilmu tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas, Ustaz Muhammad Haris bin Mohd Ismail (PU Riz), yang mengupas ibrah serta pengajaran daripada sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. bagi menghayati sifat kepimpinan dan akhlak baginda.  

Sambutan penuh berkat ini diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati serta jamuan makan tengah hari. Penyertaan staf Fakulti Komputeran dalam program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara warga universiti, malah mengukuhkan lagi nilai kerohanian dalam kalangan warga kerja kampus.

Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus Fakulti Komputeran

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my