Sesi Penilaian Pembaharuan Status PDTI Fakulti Komputeran, UMPSA Berlangsung Lancar
PEKAN, 15 Julai 2025 – Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini telah melaksanakan sesi penilaian semula bagi pembaharuan status sebagai Premier Digital Tech Institution (PDTI), satu pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) kepada institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam pendidikan teknologi digital.
![]() |
![]() |
Sesi penilaian bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar bin Kamaludin, Dekan Fakulti Komputeran dan pengenalan Fakulti Komputeran, UMPSA kepada panel penilai yang terdiri daripada wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, Puan Farhana binti Md Hilal, wakil industri En. Yogeswaran a/l Govindarajah daripada Hemmersbach Malaysia Sdn. Bhd., dan Puan Tun Hanina Shah binti Abdul Rahim yang mewakili MDEC. Fakulti turut membentangkan pencapaian utama, kerjasama industri, dan inisiatif transformasi digital yang telah dilaksanakan Fakulti.
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi penilaian diteruskan dengan pembentangan dokumen penilaian kendiri yang merangkumi 10 kriteria utama seperti kolaborasi industri, kebolehsuaian kurikulum, kepakaran pensyarah, pendedahan pelajar kepada industri, dan kadar kebolehpasaran graduan. Sesi soal jawab interaktif turut diadakan bagi memperjelas maklumat yang dibentangkan.
![]() |
![]() |
Temubual bersama pelajar dan pensyarah Fakulti Komputeran turut dijalankan bagi menilai kepuasan dan keberkesanan pengajaran serta pengurusan fakulti. Sesi penilaian berakhir pada jam 12.15 tengah hari.
Diharapkan Fakulti Komputeran, UMPSA memperolehi keputusan yang cemerlang dalam sesi penilaian pembaharuan status sebagai Premier Digital Tech Institution (PDTI) kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua warga Fakulti Komputeran yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sesi penilaian ini.
Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus, Fakulti Komputeran