Official Website    

News & Gallery

Majlis Persaraan Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin Berlangsung Ringkas Namun Meriah

Majlis Persaraan Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin Berlangsung Ringkas Namun Meriah

PEKAN, 21 September 2026 - Fakulti Komputeran (FK) telah menganjurkan satu majlis persaraan yang berlangsung dengan sederhana meriah pada petang tadi bagi meraikan Profesor Madya Ts. Dr. Adzhar bin Kamaludin. Majlis yang serba ringkas namun bermakna ini diadakan khusus sebagai platform untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas segala jasa, masa, serta tenaga yang telah beliau curahkan sepanjang tempoh perkhidmatannya. 

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati pertemuan tersebut. Hadirin kemudiannya diperdengarkan dengan ucapan pembukaan oleh Pengurus Fakulti Komputeran, En. Mohammad Ilzam bin Jamat, dan disusuli dengan ucapan daripada wakil staf teknikal, En. Mohd Faizul bin Ghafar. 

Kemuncak majlis adalah apabila warga fakulti berpeluang mendengar amanat serta perkongsian pengalaman daripada Dr. Adzhar sendiri, yang pastinya akan dijadikan panduan berguna buat generasi pelapis di Fakulti Komputeran. 
Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada pihak fakulti, sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan telah disampaikan kepada Dr. Adzhar yang disampaikan oleh En. Mohammad Ilzam berserta barisan pengurusan tertinggi yang hadir. Di samping itu, majlis turut mengambil kesempatan untuk meraikan dan menyampaikan cenderahati kepada Pn. Najla, yang telah berjaya melengkapkan program penempatan silang fungsi beliau di FK. 

Majlis kemudiannya berakhir dengan sesi bergambar Dr. Adzhar bersama warga FK yang hadir di lobi Fakulti Komputeran.

Selamat bersara buat Prof Madya Ts. Dr. Adzhar bin Kamaludin semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan buat Dr. Adzhar sekeluarga. 🤲✨

Burung tempua hinggap di dahan,
Hinggap sebentar di pohon cemara,
Segala jasa jadi kenangan,
Kekal tersemat walau bersara.

Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus Fakulti Komputeran

{gallery}2026/pmAdzhar{/gallery}

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my