Official Website    

News & Gallery

PETAKOM Terus Menyantuni Mahasiswi, Inisiatif Tabung We Care PETAKOM : Women's Care Diperluas ke Seluruh UMPSA

PETAKOM Terus Menyantuni Mahasiswi, Inisiatif Tabung We Care PETAKOM : Women's Care Diperluas ke Seluruh UMPSA

PEKAN, 14 Jun 2025 – Prihatin terhadap keperluan asas pelajar wanita, Persatuan Mahasiswa Teknologi Komputer (PETAKOM) dengan kerjasama Yayasan UMPSA telah memperluas pelaksanaan inisiatif Women’s Care, salah satu inisiatif di bawah Tabung We Care PETAKOM. Pada sesi serahan bersiri yang diadakan baru-baru ini, sebanyak 2,560 unit tuala wanita telah disumbangkan kepada wakil Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar (PEKA) di UMPSA, melibatkan PEKA1, PEKA3, PEKA5 dan PEKA6, merangkumi kedua-dua kampus Pekan dan Gambang.

PEKA 1 PEKA 3

Inisiatif ini digerakkan bagi menyokong kesejahteraan mahasiswi UMPSA dari aspek kebersihan diri dan kesihatan reproduktif, khususnya dalam kalangan pelajar yang memerlukan. Program ini turut menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kebersihan peribadi secara berterusan dalam kalangan warga kampus.

Sejak pelancarannya, lebih daripada 4,500 unit tuala wanita telah berjaya diagihkan termasuk fakulti-fakulti di UMPSA seperti Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST) serta Pusat Sains dan Matematik (PSM) yang turut menerima manfaat daripada inisiatif ini.

PEKA 1 PEKA 3

 

Menurut Timbalan Presiden 2 PEKA6, Aqilah Nabilah binti Mohd Hilmy, inisiatif ini merupakan langkah yang amat bermakna bagi menyantuni kebajikan pelajar wanita.“Kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PETAKOM atas pelaksanaan inisiatif yang sangat bermanfaat ini. Ia bukan sahaja membantu pelajar dari segi keperluan harian, malah mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujar beliau.

PEKA 5 PEKA 6


PETAKOM optimis bahawa inisiatif Women’s Care akan terus menjadi platform berimpak tinggi dalam mendokong agenda kebajikan pelajar serta memperkukuh nilai empati dan kesejahteraan sosial dalam kalangan komuniti kampus. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Yayasan Perkasa Siswa dan Syarikat Rainbow Girl di atas sumbangan dan sokongan bagi inisiatif seperti ini. PETAKOM dan Yayasan UMPSA berharap agar lebih banyak pihak tampil menyokong inisiatif kebajikan seperti ini demi kesejahteraan pelajar secara menyeluruh.

Sumber: PETAKOM

 

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my