Official Website    

News & Gallery

PETAKOM UMPSA Edar Pek Tuala Wanita Kepada 2,000 Pelajar Wanita UMPSA : Sokongan Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik (SDG 3)

PETAKOM UMPSA Edar Pek Tuala Wanita Kepada 2,000 Pelajar Wanita UMPSA : Sokongan Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik (SDG 3)

PEKAN, 15 Mac 2025 – Persatuan Mahasiswa Teknologi Komputer (PETAKOM) daripada Fakulti Komputeran UMPSA dengan kerjasama Yayasan UMPSA telah menyerahkan Sumbangan Tabung We Care PETAKOM: Women's Care berupa pek tuala wanita kepada 2,000 pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Inisiatif ini disalurkan kepada semua fakulti-fakulti di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi memastikan semua penerima mendapat manfaat secara menyeluruh.

Sesi serahan sumbangan ini telah dilaksanakan dengan kehadiran semua presiden kelab fakulti UMPSA yang mewakili komuniti pelajar fakulti masing-masing. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan diri dalam kalangan pelajar wanita serta meringankan beban mereka, khususnya yang menghadapi kesukaran mendapatkan keperluan asas semasa di kampus.

Menurut Presiden PETAKOM, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan kebajikan pelajar terus dipelihara. “Kami memahami bahawa kebersihan diri adalah aspek penting dalam kesejahteraan pelajar, dan dengan adanya inisiatif Women's Care ini, kami berharap ia dapat membantu mereka dalam saat memerlukan,” katanya.

Inisiatif Women's Care ini juga bukan sesuatu yang baharu kerana ia telah dimulakan terlebih dahulu di Fakulti Komputeran oleh Persatuan Mahasiswa Teknologi Komputer (PETAKOM) dengan penyediaan tuala wanita secara percuma di setiap tandas wanita di fakulti tersebut. Inisiatif yang menerima sambutan mengalakkan ini kemudiannya diperluaskan lagi dengan pemberian sumbangan kepada semua kelab fakulti di UMPSA ini.

Sumbangan ini juga menerima sambutan positif daripada para pelajar yang menyatakan penghargaan terhadap usaha PETAKOM dan Yayasan UMPSA dalam membantu komuniti kampus. “Kadang-kadang, perkara kecil seperti ini memberi impak besar dalam kehidupan harian kami. Terima kasih kepada PETAKOM dan Yayasan UMPSA atas keprihatinan mereka,” kata seorang pelajar yang menerima manfaat daripada program ini.

“Sumbangan ini turut membuktikan bahawa inisiatif Tabung We Care PETAKOM ini bukan sahaja memanfaatkan pelajar fakulti komputeran malahan kesemua pelajar UMPSA. Terima kasih PETAKOM!” ujar Presiden Kelab Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (SMACH).

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada Yayasan Perkasa Siswa (YPS) dan Syarikat Rainbow Girl di atas sumbangan dan sokongan bagi inisiatif ini. PETAKOM dan Yayasan UMPSA berharap agar lebih banyak pihak tampil menyokong inisiatif kebajikan seperti ini demi kesejahteraan pelajar secara menyeluruh. Dengan semangat kerjasama dan keprihatinan, kampus yang lebih inklusif dan mesra pelajar dapat diwujudkan.

Sumber: Kishern A/L Suras Kumar, PETAKOM

 {gallery}2025/wecare-box{/gallery}

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my