Penganjuran Program Fakulti@Institusi oleh Fakulti Komputeran dan Pusat Sains Matematik UMPSA di Kolej Matrikulasi Pahang
GAMBANG, 13 Disember 2025 – Fakulti Komputeran (FK) dengan kerjasama Pusat Sains Matematik (PSM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan program Fakulti@Institusi> bertempat Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Program ini telah menarik seramai 650 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pahang
Program yang berlangsung dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para peserta mengenai bidang komputeran dan bidang sains matematik serta turut memperkenalkan bidang pengajian lain yang ditawarkan oleh UMPSA. Selain itu, ia menjadi platform bagi pensyarah dan fasilitator untuk berkongsi hala tuju kerjaya dan pengalaman kehidupan di menara gading kepada pelajar matrikulasi ini.=
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Pengarah KMPh, Encik Mohd Riedznan bin Sutrisno, diikuti oleh ucapan daripada Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) Pusat Sains Matematik, Dr. Norhafizah binti Md Sarif.
Antara pengisian utama program termasuklah:
- Perkongsian Ilmu: Slot bertajuk "Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Masa Kini" yang disampaikan oleh Ts. Aziman bin Abdullah.
- Taklimat Prasiswazah PSM: Penerangan mengenai syarat kemasukan, laluan terus, dan laluan TVET bagi program Sains Data (BSD) oleh Dr. Adam Shariff bin Adli Aminuddin.
- Sesi Kenali Fakulti Komputeran: Taklimat interaktif untuk menarik minat pelajar menyambung pengajian dalam bidang teknologi maklumat dan komputeran oleh Ts. Aziman bin Abdullah.
Aktiviti Hands-on dan Pameran Inovasi
Bagi memberikan pengalaman praktikal, pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk para pelajar:
- Fakulti Komputeran: Mengadakan bengkel LEGO Robotics, rekaan kreatif menggunakan Canva, pengenalan kepada Ethical AI, serta penghasilan video menggunakan kuasa AI.
- Pusat Sains Matematik: Menganjurkan Sudoku Leaderboard Challenge, permainan matematik, dan pameran mini projek tahun akhir.
Para peserta juga berpeluang melawat reruai pameran yang mempamerkan projek penyelidikan inovatif seperti:
- Aqua Drift: Simulasi perlumbaan menyelamatkan laut.
- ARCHX & SecureVR: Penggunaan teknologi VR dalam pendidikan teknikal dan simulasi ancaman keselamatan.
- Aplikasi Mudah Alih: Seperti Recycle Wise (integrasi AR & AI untuk kitar semula) dan BIO-AR (pembelajaran biologi melalui AR).
Penganjuran program ini diharapkan dapat menarik minat kumpulan sasaran untuk memilih UMPSA sebagai destinasi pengajian tinggi mereka. Dengan bimbingan terus daripada pakar bidang, pelajar Kolej Matrikulasi Pahang kini lebih bersedia untuk merancang masa depan akademik mereka dalam landskap teknologi yang kian mencabar.
Sumber: Encik Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus Fakulti Komputeran
{gallery}2025/fk-matriks{/gallery}
