Lawatan Penandaarasan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UTHM ke Fakulti Komputeran UMPSA
PEKAN, 20 Mei 2025 - Fakulti Komputeran telah menerima lawatan daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (FSKTM, UTHM). Delegasi seramai 6 orang pensyarah kanan FSKTM, UTMH ini diketuai oleh Dr. Hj. Zainuri bin Saringat telah disambut oleh Dr. Junaida binti Sulaiman, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) Fakulti Komputeran, UMPSA.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk berbincang bagi melaksanakan penentuan dan pengesahan tahap kualiti kurikulum serta silibus program akademik untuk proses pemurnian serta semakan program Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian). Adalah diharap program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi untuk program-program akademik lain supaya pertukaran pendapat dan penanda aras program dapat dibuat terutamanya dikalangan Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
Sumber: Mohammad Ilzam Jamat, Pengurus Fakulti Komputeran
{gallery}2025/lawatan-fsktm{/gallery}