Official Website    

News & Gallery

Program Gotong Royong Bubur Lambuk Fakulti Komputeran 2025

Program Gotong Royong Bubur Lambuk Fakulti Komputeran 2025

Program Gotong Royong Bubur Lambuk Fakulti Komputeran 2025 anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Staf (KESUKOMP) telahpun berjaya diadakan pada 11 Mac 2025 (10 Ramadhan 1446H). Program ini telah diadakan dengan kerjasama dari Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) UMPSA. Program gotong royong ini merupakan satu inisiatif tahunan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Fakulti Komputeran serta berkongsi rezeki dengan pelajar dan staf, disamping mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan penglibatan ramai sukarelawan dan penyumbang. Sebanyak 800 bekas bubur lambuk telah berjaya disediakan dan diedarkan kepada pelajar dan staf Fakulti Komputeran. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa, dan dana dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan komitmen yang diberikan, program ini tidak akan mencapai kejayaan yang diharapkan.

Semoga usaha ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada tahun-tahun yang akan datang. Semoga segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan rezeki yang melimpah dan keberkatan sepanjang Ramadan ini.

mohe white ump white
mygovernment
madict header
Logo PDTI
— Contact

Faculty of Computing
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5011 (General Line)
+609 431 5071 (Academic Line)
fk@umpsa.edu.my